Wednesday, 26 October 2016

Kemudahan Fizikal Sekolah

KEMUDAHAN FIZIKAL

            Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh mempunyai empat blok bangunan yang menampung pejabat pentadbiran, bilik guru, Pusat Sumber, kelas-kelas, makmal-makmal, stor-stor  dan bengkel-bengkel. Terdapat juga satu bangunan surau yang dibina menggunakan wang sumbangan, satu blok Makmal Komputer dan satu blok kantin. Sekolah ini juga mempunyai sebuah dewan serbaguna.
            Maklumat terperinci berkaitan kemudahan fizikal sekolah ditunjukkan dalam Jadual 2 yang berikut.

JADUAL 2
BIL
PERKARA
JUMLAH
1.    
BILIK DARJAH KEKAL
35
2.    
BILIK DARJAH SEMENTARA
6
3.    
PEJABAT
1
4.    
DEWAN
1
5.    
MAKMAL SAINS
6
6.    
KANTIN
1
7.    
MAKMAL KOMPUTER
2
8.    
PUSAT SUMBER
1
9.    
BILIK GURU
1
10.   
BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP
8
11.   
BILIK KHAS
14
12.   
TANDAS
11
13.   
STOR
4







           








Prestasi Akademik, Ko-Akademik dan Kokurikulum.

PRESTASI AKADEMIK, KO-AKADEMIK DAN KOKURIKULUM

            Dalam tempoh  25 tahun ditubuhkan, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh telah melahirkan ramai murid yang berjaya. Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang terbaik ialah dalam tahun 2012 iaitu GPS 5.52 dan peratus lulus 91.87%. Bagaimanapun, bagi pencapaian murid yang mendapat semua A pula, pencapaian terbaik ialah pada tahun 2011 iaitu seramai lima orang.Pencapaian Penilaian Tingkatan Tiga(PT3) yang terbaik ialah dalam tahun 2015 iaitu GPS 3.81 dan peratus lulus 70.30%. Pada tahun 2015 juga  merupakan tahun bagi pencapaian terbaik murid yang mendapat semua A iaitu seramai dua orang. Pencapaian Penilaian Menengah Rendah(PMR) yang terbaik ialah dalam tahun 2010 iaitu GPS 2.78 dan peratus lulus 69.51%. Manakala pencapaian terbaik murid yang mendapat semua A ialah pada tahun 2011 iaitu seramai 32 orang.

            Dari aspek ko-akademik, sekolah pernah mewakili daerah Gombak ke peringkat negeri Selangor dan mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Ala Parlimen dalam tahun 2016.  Sekolah ini juga sering mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Pertandingan Pidato dan Forum dalam Bahasa Melayu di peringkat daerah.
           
            Bagi  Unit Beruniform dan Waja Diri, pencapaian terbaik sekolah ialah  memenangi satu pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa dalam Kejohanan Wudo Wushu Kebangsaan dalam tahun 2016.

            Bagi  Sukan dan Permainan pula, pencapaian terbaik sekolah ialah  memenangi tiga pingat emas dan Pemain Terbaik dalam Kejohanan Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM) dalam tahun 2016.


            Pencapaian terbaik lain yang pernah dikecapi oleh sekolah ialah dalam Pertandingan Diabolo di Kaoshiung Taiwan di peringkat antarabangsa. Dalam pertandingan ini murid sekolah ini telah berjaya meraih tiga pingat emas dan satu pingat perak.

ENROLMEN MURID


            Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh mempunyai bilangan murid seramai 2 320 orang bagi bulan Oktober 2016.  Sebanyak 71 buah kelas dibuka dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Lima. Seramai 29 orang terdiri daripada murid kelas Peralihan, 464 murid Tingkatan Satu, , 436 murid Tingkatan  Dua, 457 murid Tingkatan Tiga, 440 murid Tingkatan Empat dan 434 murid Tingkatan Lima. Pecahan bilangan murid mengikut kaum dan jantina adalah seperti  Jadual 1 yang berikut.

JADUAL 1
Bil. 
Nama Kelas 
Bil.Kelas 
MELAYU
CINA
INDIA
LAIN2
Jumlah
L
P
L
P
L
P
L
P
Murid 
1. 
KELAS PERALIHAN 
1
0
0
16
3
7
3
0
0
29
2. 
TINGKATAN 1
15
146
139
11
10
33
28
54
43
464
3. 
TINGKATAN 2
15
140
142
31
14
23
27
66
53
496
4. 
TINGKATAN 3
14
129
144
20
25
24
20
55
40
457
5
TINGKATAN 4
13
132
126
15
16
16
16
59
60
440
6
TINGKATAN 5
13
123
148
19
15
18
23
47
41
434
JUMLAH 
71 
670
699
112
83
121
117
281
237
2320