PRESTASI AKADEMIK, KO-AKADEMIK DAN
KOKURIKULUM
Dalam tempoh 25 tahun ditubuhkan, Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh telah melahirkan ramai murid yang berjaya.
Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang terbaik ialah dalam tahun 2012
iaitu GPS 5.52 dan peratus lulus 91.87%. Bagaimanapun, bagi pencapaian murid
yang mendapat semua A pula, pencapaian terbaik ialah pada tahun 2011 iaitu
seramai lima orang.Pencapaian Penilaian Tingkatan Tiga(PT3) yang terbaik ialah
dalam tahun 2015 iaitu GPS 3.81 dan peratus lulus 70.30%. Pada tahun 2015
juga merupakan tahun bagi pencapaian
terbaik murid yang mendapat semua A iaitu seramai dua orang. Pencapaian Penilaian
Menengah Rendah(PMR) yang terbaik ialah dalam tahun 2010 iaitu GPS 2.78 dan
peratus lulus 69.51%. Manakala pencapaian terbaik murid yang mendapat semua A
ialah pada tahun 2011 iaitu seramai 32 orang.
Dari aspek ko-akademik, sekolah
pernah mewakili daerah Gombak ke peringkat negeri Selangor dan mendapat tempat
ketiga dalam Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Ala
Parlimen dalam tahun 2016. Sekolah ini
juga sering mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Pertandingan Pidato
dan Forum dalam Bahasa Melayu di peringkat daerah.
Bagi Unit Beruniform dan Waja Diri, pencapaian
terbaik sekolah ialah memenangi satu
pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa dalam Kejohanan Wudo Wushu
Kebangsaan dalam tahun 2016.
Bagi Sukan dan Permainan pula, pencapaian terbaik
sekolah ialah memenangi tiga pingat emas
dan Pemain Terbaik dalam Kejohanan Boling
Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM) dalam tahun 2016.
Pencapaian terbaik lain yang pernah
dikecapi oleh sekolah ialah dalam Pertandingan Diabolo di Kaoshiung Taiwan di
peringkat antarabangsa. Dalam pertandingan ini murid sekolah ini telah berjaya
meraih tiga pingat emas dan satu pingat perak.
No comments:
Post a Comment