Wednesday, 26 October 2016

LATAR BELAKANG SEKOLAH


            Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh terletak kira-kira 20 kilometer dari bandaraya Kuala Lumpur. Terletak di Jalan BRP 1/10a, Bandar Baru Sungai Buloh. Lokasinya di dalam kawasan komersial Bukit Rahman Putra dan bersebelahan dengan kuarters tentera serta Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh. Sekolah ini adalah di dalam pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Gombak.

            Penubuhan sekolah ini adalah serentak dengan pembinaan Bandar Baru Sungai Buloh. Bandar ini terdiri daripada pusat komersial, kawasan perindustrian ringan dan empat fasa perumahan iaitu fasa 1A,1B, 1C dan fasa 1D.  Oleh kerana banyak penduduk di kawasan perumahan yang baru ini, maka Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh telah didirikan. Pada awalnya sekolah ini didirikan bagi menampung keperluan penduduk Bandar Baru Sungai Buloh sahaja, namun kini sekolah ini lebih banyak menerima anak-anak dari kawasan Sungai Pelong dan Paya Jaras.

            

No comments:

Post a Comment