Wednesday, 26 October 2016

SEJARAH SEKOLAH

            Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh mula beroperasi pada 1 Disember 1993 dengan jumlah murid seramai 980 orang. Kelas yang dibuka ketika itu ialah kelas Peralihan, Tingkatan Satu, Tingkatan Dua, Tingkatan Tiga dan Tingkatan Empat. Seramai 44 orang guru yang bertugas dengan dipimpin oleh seorang Pengetua.

            Seramai enam orang pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini iaitu Puan Hajjah Rahmah binti Hussein(Dis 1993-Nov 1995), Encik Mustafa bin Yunus (Dis 1995-Jun 1998), Datin Hajjah Kamsiah binti Sa’abin(Jun 1998 – Sept 1998), Puan Hajjah Ramlah binti Haji Tahir(Niv 1998-Mei 2006), Encik Abdul Hakim bin Kassim(Jun 2006-Nov 2015) dan Puan Zarina binti Abdul Rahman(Dis 2016-kini).


            Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh telah dinaiktaraf dari gred B ke Gred A pada tahun 1998.  Bilangan murid  pada  ketika  itu  melebihi 1 500 orang dan sehingga mencapai bilangan tertinggi melebihi  2 900 orang dalam tahun 2008.

No comments:

Post a Comment