SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM KEPADA PELAJAR TINGKATAN 5 2016 BERMULA 7-25 NOVEMBER.MOGA MENDAPAT KEJAYAN KEPADA SEMUA PELAJAR.
Tuesday, 15 November 2016
Thursday, 3 November 2016
Misi, Visi & Moto
MISI
Melestarikan sistem pendidikan yang
berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
VISI
Pendidikan berkualiti insan
terdidik negara sejahtera.
MOTO
Berjaya untuk berbakti
Lagu Sekolah
LAGU SEKOLAH
Di Sini Benih Disemai, Titian
Persada Ilmu
Ku Curah Kasih Setia, Ku Genggam
Cita Murni
Kami Sehati Sejiwa, Lontarkan
Kegagalan
Mendukung Wawasan, Negaraku Yang
Tercinta
Di Pinggir Medan Ini, Kita Tunjang
SMBBSB
Gigih Cekal Berani, Berjaya Untuk
Berbakti
Sumpah Kami Putra Putri, Berusaha
Hingga Jaya
Guru Pembimbing Sejati, Jadi Rakyat
Berguna
Tuhan Berkatilah Kami, Pewaris
Generasi
Berkibarlah Panji-Panji SMBBSB
Wednesday, 26 October 2016
Kemudahan Fizikal Sekolah
KEMUDAHAN
FIZIKAL
Sekolah
Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh mempunyai empat blok bangunan yang
menampung pejabat pentadbiran, bilik guru, Pusat Sumber, kelas-kelas,
makmal-makmal, stor-stor dan
bengkel-bengkel. Terdapat juga satu bangunan surau yang dibina menggunakan wang
sumbangan, satu blok Makmal Komputer dan satu blok kantin. Sekolah ini juga
mempunyai sebuah dewan serbaguna.
Maklumat terperinci
berkaitan kemudahan fizikal sekolah ditunjukkan dalam Jadual 2 yang berikut.
JADUAL 2
BIL
|
PERKARA
|
JUMLAH
|
1.
|
BILIK DARJAH KEKAL
|
35
|
2.
|
BILIK DARJAH
SEMENTARA
|
6
|
3.
|
PEJABAT
|
1
|
4.
|
DEWAN
|
1
|
5.
|
MAKMAL SAINS
|
6
|
6.
|
KANTIN
|
1
|
7.
|
MAKMAL KOMPUTER
|
2
|
8.
|
PUSAT SUMBER
|
1
|
9.
|
BILIK GURU
|
1
|
10.
|
BENGKEL KEMAHIRAN
HIDUP
|
8
|
11.
|
BILIK KHAS
|
14
|
12.
|
TANDAS
|
11
|
13.
|
STOR
|
4
|
Prestasi Akademik, Ko-Akademik dan Kokurikulum.
PRESTASI AKADEMIK, KO-AKADEMIK DAN
KOKURIKULUM
Dalam tempoh 25 tahun ditubuhkan, Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh telah melahirkan ramai murid yang berjaya.
Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) yang terbaik ialah dalam tahun 2012
iaitu GPS 5.52 dan peratus lulus 91.87%. Bagaimanapun, bagi pencapaian murid
yang mendapat semua A pula, pencapaian terbaik ialah pada tahun 2011 iaitu
seramai lima orang.Pencapaian Penilaian Tingkatan Tiga(PT3) yang terbaik ialah
dalam tahun 2015 iaitu GPS 3.81 dan peratus lulus 70.30%. Pada tahun 2015
juga merupakan tahun bagi pencapaian
terbaik murid yang mendapat semua A iaitu seramai dua orang. Pencapaian Penilaian
Menengah Rendah(PMR) yang terbaik ialah dalam tahun 2010 iaitu GPS 2.78 dan
peratus lulus 69.51%. Manakala pencapaian terbaik murid yang mendapat semua A
ialah pada tahun 2011 iaitu seramai 32 orang.
Dari aspek ko-akademik, sekolah
pernah mewakili daerah Gombak ke peringkat negeri Selangor dan mendapat tempat
ketiga dalam Pertandingan Debat Bahasa Inggeris Ala
Parlimen dalam tahun 2016. Sekolah ini
juga sering mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Pertandingan Pidato
dan Forum dalam Bahasa Melayu di peringkat daerah.
Bagi Unit Beruniform dan Waja Diri, pencapaian
terbaik sekolah ialah memenangi satu
pingat emas, dua pingat perak dan dua pingat gangsa dalam Kejohanan Wudo Wushu
Kebangsaan dalam tahun 2016.
Bagi Sukan dan Permainan pula, pencapaian terbaik
sekolah ialah memenangi tiga pingat emas
dan Pemain Terbaik dalam Kejohanan Boling
Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM) dalam tahun 2016.
Pencapaian terbaik lain yang pernah
dikecapi oleh sekolah ialah dalam Pertandingan Diabolo di Kaoshiung Taiwan di
peringkat antarabangsa. Dalam pertandingan ini murid sekolah ini telah berjaya
meraih tiga pingat emas dan satu pingat perak.
ENROLMEN MURID
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Baru Sungai Buloh mempunyai bilangan murid seramai 2 320 orang bagi bulan
Oktober 2016. Sebanyak 71 buah kelas
dibuka dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Lima. Seramai 29 orang terdiri
daripada murid kelas Peralihan, 464 murid Tingkatan Satu, , 436 murid
Tingkatan Dua, 457 murid Tingkatan Tiga,
440 murid Tingkatan Empat dan 434 murid Tingkatan Lima. Pecahan bilangan murid
mengikut kaum dan jantina adalah seperti
Jadual 1 yang berikut.
JADUAL
1
Bil.
|
Nama
Kelas
|
Bil.Kelas
|
MELAYU
|
CINA
|
INDIA
|
LAIN2
|
Jumlah
|
||||
L
|
P
|
L
|
P
|
L
|
P
|
L
|
P
|
Murid
|
|||
1.
|
KELAS PERALIHAN
|
1
|
0
|
0
|
16
|
3
|
7
|
3
|
0
|
0
|
29
|
2.
|
TINGKATAN 1
|
15
|
146
|
139
|
11
|
10
|
33
|
28
|
54
|
43
|
464
|
3.
|
TINGKATAN 2
|
15
|
140
|
142
|
31
|
14
|
23
|
27
|
66
|
53
|
496
|
4.
|
TINGKATAN 3
|
14
|
129
|
144
|
20
|
25
|
24
|
20
|
55
|
40
|
457
|
5
|
TINGKATAN 4
|
13
|
132
|
126
|
15
|
16
|
16
|
16
|
59
|
60
|
440
|
6
|
TINGKATAN 5
|
13
|
123
|
148
|
19
|
15
|
18
|
23
|
47
|
41
|
434
|
JUMLAH
|
71
|
670
|
699
|
112
|
83
|
121
|
117
|
281
|
237
|
2320
|
Subscribe to:
Posts (Atom)